Pages

Wednesday, April 13, 2011

KEADILAN kerah jentera untuk menangkan calon termasuk kawasan Bidayuh


PILIHANRAYA SARAWAK l TASIK BIRU: Untuk dua hari terakhir sebelum pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan Sabtu ini, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) rancak berkempen dengan menurunkan jentera parti di kesemua 48 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi termasuk di kawasan-kawasan majoriti berbangsa Bidayuh.
Naib Presiden, Datuk John Tenewi Nuek berkata, kempen itu termasuk bagi memenangkan kesemua enam DUN yang diduduki masyarakat terbabit.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat memberi kepercayaan penuh kepada parti itu untuk bertanding di DUN berkenaan dengan calon yang ditawar dari pelbagai latar belakang dan anak tempatan berketurunan Bidayuh.

Enam kawasan tersebut membabitkan DUN Opar dan KEADILAN mencalonkan Boniface Willy anak Tumek, Willie anak Mongin (Bengoh), Peter Ato anak Mayau (Tarat), Dr Christopher Kiyu (Tebedu), Lainus Andrew Luwak (Kedup) dan John Tenewi Nuek (Tasik Biru).
John yang juga tokoh masyarakat Bidayuh Sarawak menjelaskan, kaum itu bertekad untuk memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang kali ini.
“Berdasarkan sambutan dan bahasa badan yang ditunjukkan kaum Bidayuh serta hasil kerja keras jentera dan lawatan turun padang dari calon-calon yang kita tampilkan, rakyat jelas mahukan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru kali ini.
“Cukuplah 30 tahun di bawah BN. Kami mahukan perubahan dasar yang pro rakyat,” katanya kepada KeadilanDaily.
John berkata, rakyat terbabit juga jemu menyokong BN puluhan tahun tetapi mereka tetap berdepan pelbagai ancaman dan ugutan.
Sebagai contoh menurut John, seorang pemimpin BN berbangsa Bidayuh dan Exco Kerajaan Negeri kerap mengugut kaumnya dengan mengancam menarik balik gelaran dan jawatan jika menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
“Ugutan itu pula kerap dikeluarkan sejak 2008 hingga kini dan menggambarkan betapa lemasnya BN untuk berdepan kebangkitan Bidayuh yang komited menyokong Pakatan Rakyat.
“Begitu juga tuntutan Bidayuh agar jawatan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) diberi kepada wakil kami ditolak. Anehnya, sejak 1981 sehingga kini, Bidayuh tidak pernah diberi peluang untuk menjawatnya,” katanya.
Menurut rekod, jawatan Pengerusi MPP sebelum 1981 dipilih melalui pilihan raya tetapi selepas itu ia dipilih menerusi lantikan yang menyaksikannnya dimonopoli kaum Cina dan sekutu BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Pada Pilihan Raya Negeri 2006, SUPP ditolak majoriti masyarakat Cina tetapi berjaya mengekalkan sokongan dari kaum Bidayuh yang membentuk 30 peratus dalam parti itu.
Namun tuntutan Bidayuh agar mereka diberi peluang untuk menjawat Pengerusi MPP ditolak SUPP. Sejak itu, Bidayuh membentuk gelombang penolakan besar-besaran terhadap kerajaan BN Sarawak dengan beberapa tokoh ternama kaum itu menyertai Pakatan Rakyat termasuk John.
Lantaran itu, BN melancarkan satu projek mengejut dan berkampung di Serian, sebuah kawasan majoriti Bidayuh sejak pembubaran DUN pada 21 Mac lalu dengan membuat pelbagai pengumuman kononnya untuk membantu kaum tersebut.
“Saya menasihatkan kepada setiap pengundi Bidayuh, jika kerajaan beri pakaian, makanan atau apa sahaja yang menjadi hak anda ambil, tetapi tetapkan dalam hati, undi kita hanya untuk calon Pakatan Rakyat,” kata John.
Rekod menunjukkan Bidayuh ialah kaum keempat terbesar di Bumi Kenyalang dengan lapan peratus dari 2.5 juta penduduk Sarawak adalah dari kaum tersebut.

No comments:

Posting Terkini