WARTA KERAJAAN RAKYAT - KUCHING : Barisan Nasional dikatakan mula membakar sentimen perkauman dan keagamaan rakyat Sarawak dalam cubaan terdesak mencari sokongan dengan kempen pilihanraya negeri yang cuma tinggal empat hari lagi.
Kain rentang tertera "Kalau undi PKR bermakna undi negara Islam" dan "Mengundi PKR adalah mewujudkan negara Kristian" dilaporkan kelihatan di beberapa tempat di sekitar Sarawak untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menggesa BN untuk menghentikan kempen provokasi sedemikian kerana ia adalah “taktik murahan yang membahayakan rakyat Sarawak sendiri.”
"Jika BN ikhlas tidak mahu rakyat tunduk kepada sebarang provokasi, maka BN sendiri harus berhenti menggunakan agama dan kaum untuk menakut-nakutkan mereka,’ tegas beliau.
Rafizi berkata PKR akan terus berkempen seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan.
Pada masa sama, ceramah penerangan juga terus memberi fokus kepada kepincangan Sarawak akibat 30 tahun pemerintahan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.
Rafizi berkata Taib yang menegaskan beliau akan terus memerintah Sarawak untuk jangka masa terdekat, jelas tidak mahu melepaskan kerusi Ketua Menteri walaupun menerima isyarat daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.
Pendirian bercanggah yang dibuat oleh dua pemimpin itu menimbulkan persoalan siapa yang memimpin kempen BN di Sarawak.
"Dia (Taib) kata: dia memerlukan dua sehingga tiga tahun untuk berundur."Kita (PKR) dari awal-awal lagi menganggap Taib tidak akan berundur kecuali rakyat mengubah pemerintah,’ kata Rafizi.
Rafizi berkata jika ikhlas, Taib harus mengumumkan tarikh baru beliau akan berundur setelah gagal melaksanakan janji untuk meletak jawatan pada tahun 2000.
Dalam pada itu, Rafizi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk berani menyiasat BN bersabit perbelanjaan parti itu pada pilihanraya negeri ini.
"Dah terlalu banyak (perbelanjaan Barisan Nasioanl) sehingga tidak terhitung oleh kami. Rakyat boleh menilai sendiri. Kalau layak untuk masuk ke Malaysia Book's of Record, harap Barisan Nasional boleh usahakan, kata beliau.
Selain itu, Rafizi turut mempersoal peranan pasukan Taib dalam menggodam Free Radio Sarawak dan sesawang Sarawak report yang menjadi sumber bertia alternatif bagi rakyat negeri ini.
Beliau membidas BN kerana mengekang sumber-sumber maklumat yang memerinchi dasar-dasar BN di bawah Taib untuk Sarawak.
"Apakah mereka (pentadbiran Taib) bertanggungjawab atas serangan sehingga melumpuhkan radio Sarawak dan sesawang Sarawak Report," tanya beliau lagi.
"Jangan mengambil tindakan keras dengan halang media-media ini," beliau menambah.
1 comment:
BN silap besar kalau main sentimen agama di Sarawak seperti dimainkan di Semenanjung. Rakyat Sarawak lebih harmoni dalam kepelbagaian agama.
Post a Comment