Pages

Thursday, March 31, 2011

Selangor fail afidavit gantung kes siasatan luar waktu pejabat


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memfail permohonan menggantung sementara prosiding kes pekeliling yang menghalang kakitangan kerajaan negeri ditemu duga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat, sehingga siasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) kematian Teoh Beng Hock selesai.
Mengikut Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, permohonan itu difail di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam dengan disertakan afidavit yang disokong Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam afidavit itu, Khalid menyatakan, terma rujukan dan inkuiri yang dijalankan RCI ada kaitan dengan tindakan SPRM menjalankan siasatan khususnya soal siasat individu sewaktu menjalankan tugas-tugas statutorinya, sah atau sebaliknya.

Berdasarkan laporan media massa, afidavit itu menyatakan, keterangan telah diberi kepada RCI berhubung pelanggaran yang berlaku sewaktu SPRM menjalankan siasatan terhadap mendiang Beng Hock.
“Saya percaya, laporan RCI relevan dengan isu yang dipertikai kerana mahkamah akan mempunyai fakta berkaitan prosedur siasatan SPRM. Setakat ini, ia tidak mengikut undang-undang,” katanya dalam afidavit itu.
Khalid juga menyatakan, maklumat itu  perlu untuk memutuskan sama ada pengeluaran pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, yang mengehadkan pemeriksaan pada waktu pejabat sahaja, adalah sah.
Sebelum ini, Peguam Negara memfail permohonan untuk mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuat kuasa.

No comments:

Posting Terkini