Pages

Tuesday, March 8, 2011

Sekilas Dunia


5 ditahan jelang demo di Angola
LUANDA (Angola): Pihak berkuasa Angola semalam memberkas lima orang, termasuk wartawan, menjelang satu tunjuk perasaan terhadap pemerintahan Presiden Jose Eduardo dos Santos yang berkuasa selama 31 tahun, kata seorang penganjur.

Tiga wartawan akhbar Novo Jornal, pemandu mereka dan seorang penyanyi sering menyelar pemimpin Angola itu diberkas di Luanda sejak kelmarin, kata Encik Mangovo Ngoyo melalui telefon dari London.

Berikutan penangkapan itu, penganjur menangguhkan tunjuk perasaan yang sepatutnya diadakan tengah malam kelmarin. -- AFP.

Mantan Presiden Perancis dibicaraPARIS: Sebuah mahkamah Perancis memulakan satu perbicaraan yang lama ditunggu-tunggu terhadap seorang defendan yang sangat berpengaruh: bekas Presiden Jacques Chirac.

Perbicaraan itu dijangka dibuka semalam tetapi mungkin ditangguhkan ekoran satu bantahan pada saat-saat terakhir oleh seorang lagi defendan atas sebab isu prosedur.

Chirac dituduh menggelapkan wang, pecah amanah dan terlibat dalam konflik kepentingan, berdasarkan tuduhan yang dikaitkan dengan tugasnya sebagai Datuk Bandar Paris sebelum beliau menjadi presiden. -- AP.


Taufan rosakkan terumbu karangSYDNEY: Taufan Yasi menyebabkan kerosakan teruk ke atas terumbu sawar Great Barrier Reef apabila ia melanda bulan lepas, kata para saintis semalam.

Beberapa kawasan terumbu karang berusia beberapa ratus tahun itu musnah dan mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mula pulih kembali. -- Reuters.

Pencuri 'tumpang' polis ke penjaraSALEM (Amerika Syarikat): Seorang suspek kes curi kereta yang sedang berjalan kaki di Salem menahan sebuah kereta untuk ditumpanginya.

Rupa-rupanya pemandu baik hati itu seorang pegawai polis yang menyamar.

The Statesman Journal melaporkan bahawa pegawai yang sedang mencari suspek tersebut terus menumpangkan lelaki yang dicari-carinya dalam kereta yang tidak bertanda itu ke penjara. -- AP.

No comments:

Posting Terkini