Pages

Wednesday, March 9, 2011

Putera Andrew, bekas isteri dikecam sebab rapat dengan pesalah seks AS


LONDON: Putera Andrew dan bekas isterinya, Duchess York, Cik Sarah Ferguson, kini menjadi tumpuan kerana hubungan mereka dengan seorang pesalah seks Amerika Syarikat yang kaya.

Putera Andrew menarik perhatian umum kerana bergambar dengan seorang tukang urut bawah umur di rumah pesalah seks itu, manakala Cik Ferguson pula kerana menerima wang daripada warga Amerika itu membantunya melunaskan hutangnya yang besar.

Bekas isteri Putera Andrew mengesahkannya dalam satu wawancara lewat kelmarin dengan akhbar Evening Standard, bahawa beliau ada menerima bantuan kewangan daripada Encik Jeffrey Epstein, yang pernah didakwa atas kesalahan seks di Amerika.


Namun, Cik Ferguson mendakwa bahawa beliau tidak tahu-menahu tentang latar belakang lelaki berkenaan dan berikrar memulangkan semula wang £pounds;15,000 ($30,916) yang dipinjamkan kepadanya bagi melunaskan hutang beliau kepada bekas pembantu peribadinya, Encik Johnny O'Sullivan.

'Saya amat kesal, saya tak dapat berkata apa-apa,' kata Cik Ferguson, seperti yang ditukil daripada wawancara itu.

'Apabila saya mampu saya akan membayar semula wang itu dan tidak akan ada sebarang hubungan dengan Jeffrey Epstein lagi,' tambahnya.

Pembayaran itu diuruskan menerusi pejabat Putera Andrew, kata Cik Ferguson, sambil menekankan bahawa beliau tidak terbabit secara langsung.


Tidak ada komen segera daripada pejabat Putera Andrew.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, memberikan sokongannya kepada Putera Andrew, yang mencetuskan kemarahan ramai kerana menjadi hos kepada seorang anak lelaki diktator Tunisia sebelum pemberontakan di negara itu yang telah menggulingkan pemimpin berkenaan dan hubungannya dengan Encik Seif Al-Islam, salah seorang anak lelaki pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi.

Sesetengah ahli politik menggesa agar putera itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai utusan perdagangan Britain, walaupun Setiausaha Perniagaan Britain, Encik Vince Cable, menekankan bahawa kerajaan Britain tidak mempunyai kuasa memecat Putera Andrew kerana beliau seorang sukarelawan, bukan seorang kakitangan. -- AP

No comments:

Posting Terkini