Pages

Tuesday, March 8, 2011

Penggodam komputer China bongkar rahsia Seoul


SEOUL: Penggodam komputer China Jun lalu berjaya membongkar fail-fail rahsia tentera Korea Selatan berkaitan rancangan membeli pesawat pengintip Amerika Syarikat, kata seorang penggubal undang-undang Seoul.


Para penggodam itu dapat memperolehi maklumat dalam komputer menteri pertahanan berkaitan rancangan membeli pesawat tanpa manusia Global Hawk, kata seorang penggubal undang-undang pembangkang Parti Demokratik yang juga ahli jawatankuasa pertahanan parlimen itu, Encik Shin Hak-Yong.


'Seorang pegawai pemerintah melaporkan hal itu kepada saya... pemerintah belum membangkitkan perkara itu kepada China dan masih berdebat tentang cara menanganinya,' seorang jurucakap Encik Shin menukil beliau sebagai berkata ketika mengesahkan komen-komennya yang dilaporkan dalam akhbar Chosun Ilbo semalam.

Seoul tahun lalu menguntukkan 45.2 bilion won ($5.12 juta) untuk membeli pesawat itu berikutan satu serangan yang dikatakan dilakukan Korea Utara ke atas sebuah kapal perang Korea Selatan yang mengorbankan 46 anak kapal pada Mac lepas.

Ketegangan meningkat selepas Pyongyang mengebom sebuah pulau di sempadan hingga membunuh empat warga Korea Selatan termasuk dua orang awam November lalu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini