KERDAU: PAS Pahang melancarkan Buku Jingga kedua yang mendedahkan kelemahan pentabiran kerajaan negeri Pahang.
Buku bertajuk “Gerhana Dalam Pentadbiran Umno-BN negeri Pahang” dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Pusat Operasi PAS Kerdau di sini hari ini.
Beliau berkata, buku setebal 53 muka surat itu diterbitkan oleh Jabatan Penerangan PAS Pahang. Ia mengandungi butiran kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pahang.
“Antara lain membabitkan kelemahan dalam pentabiran dan pengurusan; pendidikan; ekonomi; kelemahan pengurusan tanah dan gejala sosial. Inilah gambaran sebenar pentadbiran kerajaan negeri Pahang sekarang” katanya.
Sementara itu, PAS mengarahkan penyokongnya mengadakan solat hajatn mendoakan kemenangan calonnya Hasanuddin Salim pada malam ini.
Tuan Ibrahim berkata, arahan tersebut datangnya daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Kita juga berharap supaya hari pengundian esok berjalan lancar dan selamat. Saya selaku pengarah pilihan raya PAS Kerdau berpuas hati dengan kelancaran kempen kedua-dua pihak (BN dan PAS).
“Hanya ada satu dua insiden kecil dan beberapa laporan polis yang merupakan riak kecil kempen pilihan raya,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment