Pages

Sunday, February 13, 2011

Presiden PAS mesti tegas

Iskandar Abdul Samad
Percanggahan pendapat secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin PAS akan hanya menyebabkan PAS kurang dihormati oleh rakan-rakan Pakatan. Lebih parah lagi jika berlaku hentam menghentam. PAS akan dianggap sebagai parti yg berpecah belah dan tidak bersatu. Presiden PAS perlu bertindak dan tidak hanya berdiam diri seperti sekarang. Disiplin dalam parti sudah seperti tidak wujud lagi.


Kami amat merindui akan Ustaz Hadi yang tegas dan berkarisma pada tahun-tahun 80'an dan 90'an. PAS perlu menjadi jurubicara ummah tetapi sekarang ini dilihat hanya sebagai pelakon tambahan. Sekadar untuk membekalkan tenaga-tenaga kerja bila ada demonstrasi atau pilihan raya kecil.



ISKANDAR ABDUL SAMAD

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan
ADUN Chempaka, Selangor D.E.

1 comment:

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Tegas membabi buta macam Iskandar ni ker? Tak payah nak nasihat presiden, kau jagalah dulu sikap kau dengan orang awam yang datang mengadu kat pusat khidmat DUN kau kat tepi MRR2 tu. Jangan hipokrit dan bermuka-muka dengan rakyat!

Posting Terkini