Pages

Monday, February 21, 2011

Kes Sosilawati: Sarawanan dan Suresh dipenjara 20 tahun

SHAH ALAM - Dua pekerja ladang yang sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain terpaksa merengkok lebih lama di dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi hari ini meminda hukuman mereka kepada 20 tahun.
Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan K.Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, sangat serius pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, 15 Oktober tahun lepas.
Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Majistret Hurmain Hussain selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Majistret itu memerintahkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh berjalan secara serentak berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 9 September tahun lepas. - Bernama

No comments:

Posting Terkini