Pages

Saturday, December 11, 2010

Indonesia tangkap militan paling bahaya




POSTER ABU THOLUT: Dalam gambar bertarikh 24 September 2010 in, jurucakap polis Indonesia, Encik Iskandar Hasan, menunjukkan poster suspek pengganas, Abu Tholut, dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis di Jakarta. -- Foto AP

JAKARTA: Polis Indonesia semalam berkata mereka telah menahan suspek pengganasan paling berbahaya di negara itu ketika ini.

Jurucakap polis, Encik Djihartono, berkata Abu Tholut, 49 tahun, yang dikenali juga sebagai Mostofa, Pranata Yuda dan Imron Baehaqi ditangkap tanpa melakukan sebarang tentangan di rumahnya di Kudus, Jawa Tengah, pagi semalam.'Dia ditangkap di rumahnya dan dia tidak cuba melawan,' kata Encik Encik Djihartono.



'Kami menjumpai senjata api dan lapan butir peluru dalam magazin dan beberapa peluru lain dibungkus dalam plastik,' tambah beliau seperti ditukil AFP.

Menurut laporan, serbuan dilakukan skuad antipengganasan, Densus 88, yang diberitahu lokasi Abu Tholut oleh penduduk kampung.

Seorang militan yang berpaling tadah memberitahu Associated Press bahawa Abu Tholut merupakan salah seorang ketua pengganas paling berbahaya di Indonesia.

Dia menjadi buruan paling dikehendaki polis selepas pakar bom Jemaah Islamiyah, Noordin Mohamed Top, dan Dulmatin ditembak mati dalam serbuan polis awal tahun ini.

Abu Tholut dikatakan terlibat dalam serangan bom di sebuah pusat beli-belah di Jakarta yang mencederakan enam orang, pada 2001.

Dia dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara pada 2004 tetapi dia dibebaskan pada 2007 kerana berkelakuan baik.Namun seperti berpuluh pengganas lain yang sudah dipulihkan, Abu Tholut kembali semula menjadi pengganas.Dia dikatakan membantu mendirikan kem latihan militan bagi kumpulan Jamaah Anshorut Tauhid, yang didedahkan polis di wilayah Aceh pada Februari lalu.

Dia membantu merekrut anggota dan mencari dana bagi kumpulan tersebut, kata para pegawai.

'Abu Tholut terlibat dalam melatih pengganas di Aceh dan rompakan bersenjata di Medan, Sumatera Utara,' kata jurucakap polis, Encik Boy Rafli Amar, kepada pemberita semalam.

Kumpulan itu juga merancang komplot pembunuhan, termasuk Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, sebagai tindak balas kerana beliau menyokong kempen Amerika memerangi pengganasan.

Jamaah Anshorut Tauhid juga merancang serangan mirip Mumbai ke atas rakyat asing di hotel mewah di Jakarta, kata para pegawai.

Abu Tholut pernah menjalani latihan militia di Afghanistan semasa mujahidin me- merangi askar Soviet pada tahun 1980-an.

Dia menjadi anggota kanan Jemaah Islamiyah (JI) apabila pulang ke Indonesia.

Dia dilapor pernah menghantar militan memerangi penduduk Kristian di Sulawesi dari 1998 hingga 2001.

Abu Tholut juga membantu mendirikan kem latihan militan di Mindanao, selatan Filipina, termasuk Abu Sayyaf.

Bekas militan JI, Nasir Abas, berkata Abu Tholut seorang pejuang kanan di Afghanistan dan dia 'pelatih yang cemerlang'.'Abu Tholut lebih berbahaya daripada Dulmatin atau Noordin Mohamed Top,' kata Nasir. -- Bloomberg, AFP, AP.

No comments:

Posting Terkini