Pages

Sunday, October 31, 2010

S'pura, China setuju perkukuh lagi kerjasama


JALINAN IKATAN YANG ERAT:
Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri) bersalaman dengan
rakan sejawatannya dari China, Encik Wen Jiabao.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan rundingan di luar
Sidang Puncak Asean ke-17 di Hanoi, Vietnam, semalam.


 PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya dari China, Encik Wen Jiabao, bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara melalui pelbagai projek.

Pertemuan mereka berlangsung pagi semalam di luar Sidang Puncak Asean ke-17 dan mesyuarat berkaitan di Hanoi, Vietnam.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Lee dan Encik Wen mengesahkan hubungan baik antara Singapura dengan China, sedang kededua negara meraikan ulang tahun ke-20 jalinan hubungan diplomatik antara keduadua pihak.

Mereka turut berpuas hati dengan hubungan kukuh dalam beberapa bidang - termasuk ekonomi, politik dan antara masyarakat, yang terjalin dan berkembang sejak dua dekad lalu.

Encik Lee dan Encik Wen turut bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala melalui projek-projek seperti Taman Perusahaan Suzhou dan Tianjin Ecocity, dalam bidang pembangunan sumber manusia, dan terus bertukar pengalaman mengenai cabaran yang dihadapi masyarakat bandar.

Encik Lee berkata beliau kagum melihat keadaan wilayah tengah dan barat China ketika berkunjung ke sana baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Encik Wen mengenai kejayaan Ekspo Dunia Shanghai, dan ingin meneruskan kunjungan peringkat tinggi.

No comments:

Posting Terkini