PHILADELPHIA (Amerika Syarikat): Mantan Presiden Bill Clinton menuju ke Pennsylvania, Amerika Syarikat, untuk memastikan Parti Demokrat terus menguasai Dewan Senat menjelang pilihan raya bagi 37 kerusi Dewan Senat pada 2 November ini.
Beliau ke sana bagi meningkatkan sokongan terhadap calon Parti Demokrat, Encik Joe Sestak, bekas laksamana tentera laut Amerika, selepas tinjauan pendapat menunjukkan calon Parti Republikan, Encik Pat Toomey, mengatasinya dengan 4 peratusan mata.
Tinjauan pendapat oleh Rasmussen Reports, menunjukkan Encik Toomey meraih sokongan 48 pertaus berbanding Encik Sestak 44 peratus.
Khamis lalu, Encik Clinton cuba mendapatkan sokongan pelajar maktab bagi Encik Sestak.
Pilihan Raya Dewan Senat di Pennsylvania dijangka menyaksikan pertandingan sengit antara kededua calon tersebut.
Parti Republikan, yang dijangka menguasai Dewan Perwakilan, perlu memenangi kerusi itu bagi menawan semula Senat.
Tinjauan pendapat meramalkan Parti Republikan menang besar di seluruh negara dengan ramai pengundi tidak puas hati dengan ekonomi lemah dan pentadbiran Presiden Barack Obama.
Encik Obama bercadang berkempen di Philadelphia hari ini.
Parti Republikan perlu meraih 10 lagi kerusi untuk menguasai majoriti dalam Dewan Senat yang mempunyai 100 kerusi.
Untuk itu, ia perlu menyapu bersih beberapa kerusi utama, termasuk Pennsylvania, Nevada, Colorado dan Illinois. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment