Pages

Thursday, October 14, 2010

Sekilas Dunia

Pakistan rugi AS$9.5 bilion akibat banjir

KARACHI: Banjir di Pakistan pada musim panas lalu mengakibatkan kerugian AS$9.5 bilion ($12.4 bilion) dalam bentuk kehilangan harta serta kerosakan pada tanaman dan prasarana, menurut penilaian Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia, kata para pegawai kementerian semalam.

'Jumlah kerugian ialah AS$9.5 bilion menurut laporan itu,' kata salah seorang pegawai kementerian kepada agensi berita Reuters, sambil menekankan jumlah kos pemulihan sekitar AS$30 bilion, walaupun mereka belum lagi melihat laporan itu. -- Reuters.



10 maut akibat tanah runtuh di Sulawesi

PALU (Indonesia): Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan tiga lagi dikhuatitri mati selepas mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kepulauan Sulawesi, Indonesia, kata polis semalam.

Bahagian curam sebuah bukit di daerah Morowali di wilayah Sulawesi Tengah runtuh kelmarin dan menimbus puluhan penduduk yang sedang bekerja dengan sebuah syarikat minyak sawit setempat, kata ketua polis, Pesuruhjaya Suhirman. -- AFP.


18 pengawal Iran terkorban akibat letupan

TEHRAN: Satu letupan menyebabkan kebakaran telah merebak ke kawasan penyimpanan peluru di sebuah pangkalan tentera di barat Iran hingga menyebabkan kematian 18 anggota Pengawal Revolusi negara itu, lapor agensi berita milik pemerintah semalam.

Agensi berita Irna berkata 14 lagi anggota Pengawal Revolusi Iran cedera dalam letupan kelmarin, di bandar Khoramabad, sekitar 500 kilometers ke barat daya Teheran. -- AP.



No comments:

Posting Terkini