Pages

Saturday, October 9, 2010

Sekilas Berita Dunia

Aktivis politik China pemenang Hadiah Keamanan Nobel

OSLO: Aktivis politik China, Encik Liu Xiaobo, diumumkan semalam sebagai pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010. Ini di sebalik amaran Beijing bahawa tindakan itu akan menjejas hubungan dua hala antara China dan Norway.

Encik Liu, 54 tahun, dihukum penjara 11 tahun pada Disember lalu atas tuduhan ingin mengguling pemerintah kerana menggesa pembaharuan politik di China, termasuk kebebasan bersuara, berhimpun dan mengamalkan agama. -- AFP.


Roket dan pelancar dirampas di bilik sewa di Bangkok

BANGKOK: Polis Thailand berkata semalam ia telah merampas sebuah pelancar roket, empat roket dan 750 butir peluru dalam sebuah bilik sewa di tengah Bangkok.

Pemilik bilik itu menjumpai senjata tersebut selepas penyewanya gagal melunaskan bayaran, kata jurucakap polis Thai, Kolonel Ekachai Boonvisut. -- AFP.


UAE batal rancangan gantung khidmat BlackBerry

DUBAI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) membatalkan rancangan menggantung perkhidmatan komunikasi BlackBerry yang seharusnya bermula Isnin ini.

Pada Ogos lalu, UAE mengumumkan ia akan menggantung perkhidmatan utama BlackBerry, iaitu pengiriman mesej, e-mel dan pelayaran Internet, kerana khuatir ia boleh digunakan kumpulan pengganas tanpa dapat dikesan. -- AFP.






No comments:

Posting Terkini