Pages

Saturday, October 9, 2010

Proton panggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 dengan 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan 'cruise'.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada 'clock spring' menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

'Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

'Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,' katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian 'clock spring' akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit bagi memaklumkan mereka mengenai perkara itu. -- BHM.


No comments:

Posting Terkini