Pages

Monday, October 18, 2010

Kes Peterporn: 'Polis terdesak untuk dakwa Cut Tari'


CUT TARI: Polis gagal mendakwanya mengikut undang-undang Kanun Jenayah atau Undang-Undang Anti-Pornografi 2008. foto fail

JAKARTA: Polis Indonesia dianggap membuat tindakan sangat terdesak selepas memutuskan untuk mendakwa bekas hos televisyen Cut Tari, yang muncul dalam video seks dengan penyanyi band Peterpan, Nazriel Ariel Irham, di bawah satu undang-undang yang ketinggalan zaman.

Polis pada mulanya cuba mendakwa selebriti terkenal itu mengikut Kanun Jenayah atau Undang-Undang Anti-Pornografi 2008 tetapi gagal.

Peguambela hos TV itu, Encik Hotman Paris Hutapea, berkata kerana video itu didakwa dibuat pada 2005 dan undang- undang antipornografi tidak dapat digunakan secara aktif, polis mengambil keputusan menggunakan satu undang-undang kecemasan beberapa dekad lalu.

'Polis berputus asa dengan undang-undang antipornografi sebulan lalu dan kini bertukar kepada satu undang-undang darurat yang dikeluarkan pada 1951, apabila Indonesia masih sebuah negara persekutuan,' kata Encik Hotman di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan Khamis lalu.

Peguam itu berkata, dirinya sendiri keliru dengan dakwaan baru ke atas anak guamnya kerana undang-undang darurat dikeluarkan ketika draf Perlembagaan asal berkuat kuasa dan ia 'menggunakan versi lama bahasa Indonesia yang sukar difahami pada masa sekarang.'

Encik Hotman memetik Perenggan 3 Artikel 5 daripada undang-undang 1951 itu yang menyatakan: 'Jika satu tindakan dianggap satu jenayah namun tidak dapat ditunjukkan sebagai jenayah menurut undang-undang sedia ada dan Kanun Jenayah, justeru hukum adat boleh diguna pakai.'

Hukum adat adalah set undang-undang tempatan dan tradisional dan sistem penyelesaian pertelingkahan.

Encik Hotman berkata, mengikut bentuk perundangan itu, satu hukuman penjara antara tiga bulan dan 10 tahun mungkin dijatuhkan.

Dokumen bagi kes ke atas Cut Tari bergerak antara polis dengan Pejabat Peguam Negara sejak beberapa bulan lalu tanpa sebarang penyelesaian, kata Encik Hotman.

'Undang-undang antipornografi digugurkan daripada dokumen pendakwaan. Sekarang mereka menggunakan Artikel 282 berhubung perbuatan sumbang dalam Kanun Jenayah bersama undang-undang darurat 1951.

'Perubahan dibuat berdasarkan arahan pendakwa raya,' katanya.

Satu lagi halangan utama bagi menyelesaikan kes itu ialah hakikat bahawa polis gagal mengenal pasti lokasi di mana video seks membabitkan Cut Tari dan Ariel difilemkan, ketika kedua-dua suspek mendakwa mereka tidak ingat di mana ia dirakam. -- Agensi



No comments:

Posting Terkini