KUALA LUMPUR: Peruntukan penguatkuasaan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) yang longgar antara punca kerajaan gagal mengambil tindakan secara berkesan terhadap kegiatan pemberi pinjaman wang haram.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, aktaberkenaan antaranya tidak memperuntukkan kesalahan-kesalahan tertentu sepertipemasangan iklan oleh pemberi pinjam wang tidak berlesen.
"Tambahan pula, hukuman dan denda yang dikenakan di bawah akta ini juga terlalu ringan dan tidak setimpal dengan situasi serta bentuk kesalahan yang dilakukan," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 untuk bacaan kali kedua di sini, Khamis.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata perlu ada hukuman mandatori kepada pemberi pinjam wang yang melakukan kesalahan jenayah kerana pada masa ini kegiatan kumpulan itu amat berleluasa.
Menurutnya terdapat kes pemberi pinjam bertindak ganas hingga sanggup membunuh apabila peminjam gagal melangsaikan pinjaman.
Macamana nak benteras Ceti Haram kalau pengawai penguatkuasa dan polis sendiri terlibat melindungi 'Along' @ Ceti Haram!!! Mustahil polis tidak tahu dimana dan siapa ceti haramjadah tu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment