Pages

Friday, October 15, 2010

Belanjawan Pilihanraya Umum Ke-13

Seperti yang telah dijangkakan, belanjawan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi adalah belanjawan mempersendakan rakyat bagi menghadapi pru-13.


Pinjaman rumah 100 peratus untuk golongan muda.

Skim ini menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.


Elaun pengerusi JKKK, imam naik hampir 100 peratus.

Turut dinaikkan elaun bulanan ialah pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi kampung baru.


Dana pencen mulai tahun depan

Pelepasan cukai pendapatan sedia ada sehingga RM6,000 untuk sumbangan majikan kepada KWSP akan diluaskan meliputi sumbangan PPF, termasuk yang bekerja sendiri


RM100 juta tingkat taraf hidup Orang Asli, Pribumi

Ia termasuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan Orang Asli serta membangunkan Model Baru Pembangunan Orang Asli.


Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun

Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta.

No comments:

Posting Terkini