Pages

Thursday, October 14, 2010

Guru dan Jabatan Pelajaran kedua-dua tidak beretika

KUALA LUMPUR: Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pelajaran.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pelajaran akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.

Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pelajaran Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP

Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.

Beliau berkata, apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.

Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.

Lok berkata, sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.

"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pelajaran untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.

Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya.


1 comment:

otaklunyai said...

Apakata kita hentikan tindakan-tindakan yang membodoh-bodohkan kakitangan professional yang macam ni... guru2 ambil peguam dan saman jabatan pelajaran yang tidak bertindak seperti orang tak berpelajaran tu... jabatan nak duit gaji guru-guru dengan cara paksa... bukan mak-bapak dia yang bagi gaji... kalau tak da peruntukan tak payah buat aktiviti... seorang guru RM5 ada berapa puluh ribu guru... senang2 jabatan dapat duit. tah apa yang dia buat dengan duit tu tak pula guru2 tahu.. ini semua jalan2 penyelewengan.

Ini tak kira lagi duit-duit yang guru dahulukan untuk aktiviti murid.. bila tuntut semula banyak alasan... tak cukup dokumen lah, dah lambat lah dan macam2 lagi alasan tak nak bayar balik... akhirnya hilang begitu saja... kalau kena pengetua yang penakut lagi hancus... alamat jadi lembulah guru-guru dibuatnya...

Pelik bin ajaib lah kat malaysia ni, pentadbir disektor pendidikan ni ni kebanyakkanya bangang-bangang... banyak yang spesis lembu kena cucuk hidung... kalau tak caya cuba buat survey di sekolah2... rasa2nya 90% pentadbir termasuk dalam golongan bangang.. jadi yang susah guru...

sekarang ni mengajar dah jadi tugas kedua guru-guru disekolah sebab guru-guru sibut nak buat (tulis)repot ikut cara manual ke jabatan... Tapi bila cerita bab IT bukan main... langit buleh runtuh. tapi guru2 di sekolah nak guna komputer pun susah... macam nak mintak sedekah...

Porahhhh....

Posting Terkini