Pages

Friday, August 27, 2010

Ringkas Dunia

Bekas ketua 'Playboy' diburu

JAKARTA: Pihak pendakwa semalam mencari bekas ketua editor majalah Playboy Indonesia selepas mahkamah tertinggi negara itu menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atasnya kerana menerbitkan gambar-gambar wanita berpakaian terlalu mendedahkan.

Erwin Arnada dibebaskan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada April 2007.

Bagaimanapun, kes itu kemudian dirayu di Mahkamah Agung, yang memutuskan Erwin bersalah pada 2008 tetapi baru diberitahu kepada pihak pendakwaan kelmarin. -- AP.



Jong-Il mungkin lawat China

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Il, mungkin telah berangkat ke China semalam, dalam apa yang disifatkan sebagai lawatan kedua beliau ke sana tahun ini, kata pegawai Korea Selatan.

Lawatan itu menyusuli spekulasi meningkat berhubung pengganti Encik Kim dan usaha Beijing memulakan usaha antarabangsa mengenai pelucutan senjata nuklear Korea Utara. -- AFP.



Usul hasil bahan nuklear bersama

TEHERAN: Stesen televisyen milik pemerintah Iran, Press TV, berkata Teheran telah menyerahkan usul kepada Russia untuk menghasilkan bersama bahan pembakar nuklear bagi loji kuasa nuklear Bushehr di Iran dan loji-loji lain pada masa depan.

Press TV memetik ketua program nuklear Iran, Encik Ali Akbar Salehi, sebagai berkata Teheran telah 'membuat saranan kepada Russia untuk membentuk satu konsortium di bawah lesen negara itu (Russia) bagi menghasilkan sebahagian kerja itu di Russia dan sebahagiannya lagi di Iran'. -- AP.



No comments:

Posting Terkini