LIMA: Seorang ibu empat anak tidak boleh bangun dari katilnya sejak enam bulan lalu kerana buah dadanya yang terlalu besar.
Buah dada Cik Julia Manihuari membesar selepas beliau melahirkan anak ketiga tujuh tahun lalu, menyebabkan beliau tidak boleh bergerak.
Wanita berusia 29 tahun itu berkata:
'Ia sungguh teruk. Jika saya cuba bangun, saya akan pengsan kerana buah dada saya terlalu berat.'
Cik Julia, yang bertubuh kecil, baru-baru ini mendapat bantuan media tempatan untuk memperoleh rawatan di bandar berhampiran dengan menaiki bot selama tiga hari.
Pemeriksaan doktor mendapati beliau menghidap penyakit Bilateral Gynecomastia, yang menyebabkan kelenjar yang menghasilkan susu terus membesar.
Mereka terpaksa membuang daging seberat 16 kilogram pada buah dadanya kerana bimbang ia boleh menghimpit paru-parunya dan menyebabkan beliau mati.
Buah dadanya mengecil kepada saiz 34B selepas pembedahan selama enam jam.
Wanita setinggi 152 sentimeter itu berkata:
'Sebelum pembedahan, saya tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan.
'Saya terpaksa melalui derita itu dan ia semakin buruk hinggakan buah dada saya mencecah kaki. Selama ini tubuh saya begitu kecil dan keadaan ini menyebabkan seluruh tubuh saya sakit.
'Buah dada saya menjadi begitu besar hinggakan kulit sya berkudis dan saya sukar bernafas,' kata Cik Julia. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment