Pages

Tuesday, December 8, 2009

NGO Bantah Matapelajaran Tambahan Tidak Dikira Dalam Skor

KUALA LUMPUR, 7 Disember - Gabungan 12 badan bukan kerajaan menghantar memorandum membantah tindakan Kabinet yang menganaktirikan pendidikan Bahasa Tamil dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Penyelaras gabungan berkenaan, Kalai Vanar menggesa Kementerian Pelajaran mengambil-kira keputusan cemerlang penuntut mata pelajaran tambahan itu dalam penilaian SPRM.

“Kami mewakili kaum India berasa sedih kerana Bahasa Tamil di dalam SPM dinafikan.

“Kami mahu pihak pembangkang dan kerajaan, kami membawa usul ini kepada mereka untuk dibentangkan di parlimen berlandaskan satu tujuan melaksanakan pemberian, pengkajian, pengiraan dimasukan ke dalam skor 10 mata pelajaran purata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menyerahkan memorandum berkenaan di Parlimen hari ini. Menerima memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Batu Kawan, Prof Dr. P Ramasamy.

Kabinet minggu lalu membenarkan calon SPM mengambil dua mata pelajaran sekaligus menjadikan jumlah maksimum 12 subjek yang boleh diambil.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, keputusan keseluruhan SPM tetap berdasarkan kepada 10 matapelajaran utama dan tidak mengambil kira dua subjek tambahan.

“Kita merayu pada kerajaan bahawa tambahan dua mata pelajaran diambil kira dalam gred-gred yang mereka akan capai.

“Jika tidak dikira, 90 peratus menunjukan ia akan jejaskan bahasa dan kesusasteraan Tamil,” katanya.

No comments:

Posting Terkini