Pages

Monday, December 21, 2009

Korea U dijangka mampu kuasai teknologi nuklear

SEOUL: Korea Utara akhirnya akan berupaya membuat induk senjata nuklear yang cukup kecil untuk dipasang pada sebuah peluru berpandu.

Agensi berita Yonhap, yang menukil Institut Analisis Pertahanan Korea (Kida), berkata langkah Pyongyang hendak mencapai teknologi pengecilan tidak dapat dielak.

'Adalah dipercayai Korea Utara belum menguasai teknologi pengecilan induk nuklear,' kata Kida dalam laporan yang bakal disiarkan Januari.

Menurut Kida, 'hanya menunggu masa' bagi negara itu berbuat demikian.

Ini kerana Korea Utara memiliki tapak ujian ledakan dan mempunyai sekitar 3,000 saintis dan penyelidik nuklear.

Korea Utara mempunyai 28 pertubuhan pemerintah bagi pembangunan nuklear diketuai Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan (NDC) dan parti komunis yang memerintah, lapor Kida.

Pyongyang telah menjalankan dua ujian nuklear iaitu pada Oktober 2006 dan pada Mei tahun ini.

Pakar-pakar berkata langkah Korea Utara meneruskan pembangunan senjata nuklear dan membangun keupayaan peluru berpandu merupakan satu gabungan berbahaya.

Pyongyang mempunyai sekitar 600 peluru berpandu Scud yang boleh mengenai sasaran di Korea Selatan dan mungkin mencecah wilayah Jepun.

Korea Utara juga mempunyai 200 peluru berpandu Rodong-1 yang boleh mengenai Tokyo. Ia juga telah menguji sebanyak tiga kali peluru berpandu jarak jauh Taepodong yang boleh mengenai sasaran di Alaska dan barat Amerika Syarikat. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini