Pages

Wednesday, December 23, 2009

F1: Schumacher ikat kontrak sertai Mercedes

BERLIN: Juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher akhirnya menamatkan spekulasi apabila menandatangani perjanjian selama setahun untuk berlumba bersama pasukan Mercedes GP, bermula musin depan.

Menurut laporan akhbar Bild.de lewat semalam, Schumacher yang mengumumkan persaraannya pada 2006, kini sah kembali di litar dengan memperoleh pendapatan AS$9.9 (RM33.6 juta).

Schumacher yang akan mencecah usia 41 tahun pada 3 Januari depan akan memasuki litar pertama di GP Bahrain pada 14 Mac depan.

Kali terakhir Schumacher berada di litar ialah di GP Sao Paulo, Brazil pada Oktober 2006.

Dengan kemasukan Schumacher itu ia bermakna Mercedes akan mempunyai semua pemandu berbangsa Jerman selepas rakan sepasukannya, Nico Rosberg, 24, menandatangai perjanjian sama bulan lalu.

Bild dalam laporannya berkata, Schumacher menandatangani kontrak bersama Schumacher semalam di ibu pejabat Mercedes di Brackley, England. - AFP

No comments:

Posting Terkini