Pages

Wednesday, December 23, 2009

Bekas Presiden Argentina hadapi tuduhan rasuah

BUENOS AIRES: Mahkamah Persekutuan Argentina semalam menerima kenyataan bertulis yang difailkan bagi mendakwa bekas Presiden, Carlos Menem dan beberapa anggota Kabinetnya atas kesalahan rasuah.

Menem, 79, dan bekas Menteri Kewangan paling berpengaruh, Domingo Cavallo, didakwa membayar gaji berlebihan kepada kakitangan kerajaan sepanjang 10 tahun pemerintahannya mulai 1989 hingga 1999.

Menurut pegawai, turut didakwa bersama Menem ialah bekas Menteri Undang-Undang, Raul Granillo Ocampo, bekas Setiausaha Alam Sekitar, Maria Julia Alsogaray, dan tujuh bekas pegawai tinggi kerajaan.

Mahkamah turut menutuskan semula aset mereka dibekukan bernilai AS$171,000.

Dengan kenyataan bertulis yang difailkan di mahkamah, ini bermakna Menem hampir diheret untuk dibicarakan, walaupun sebagai senator beliau mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Beliau bagaimanapun boleh ditahan sekiranya didapati menyalahi perlembagaan negara itu.

Ia adalah antara beberapa tuduhan terhadap Menem yang menyalahgunakan kuasanya termasuk menjual estet industri secara besar-besaran ketika pemerintahannya.

Malah, Menem turut berdepan dengan tuduhan meluluskan penjualan secara haram senjata api kepada Croatia dan Ecuador dan mengambil suapan daripada syarikat gergasi Jerman, Siemens. - AFP

No comments:

Posting Terkini