Pages

Friday, November 20, 2009

Setiausaha Politik Tee Keat letak jawatan

KUALA LUMPUR: Simon Lim, pembantu kanan Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, meletak jawatan selepas mesyuarat jawatankuasa pusat MCA kelmarin.

Lim yang juga Setiausaha Politik kepada Tee Keat, berkata beliau menyerahkan sendiri surat perletakan jawatan bertarikh 18 November itu kepada Ong dengan satu salinan kepada Perdana Menteri.

"Saya menyerahkan sendiri kepada beliau di pejabat beliau di Kementerian Pengangkutan selepas mesyuarat jawatankuasa pusat. Perletakan jawatan saya akan berkuatkuasa 1 Disember," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lim berkata keputusannya itu atasa alasan peribadi kerana mahu kembali kepada bidang guaman di mana beliau pernah menjadi rakan kongsi kanan dalam syarikat guaman, Simon and Co.

"Sebenarnya saya merancang untuk kembali ke bidang guaman selepas mesyuarat agung luar biasa MCA yang lalu (10 Oktober). Sekarang saya fikir ia adalah masa yang sesuai untuk berbuat demikian," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada peletakan jawatannya itu mempunyai kaitan dengan spekulasi behawa beliau tidak bersetuju dengan keputusan Tee Keat merombak Majlis Presiden MCA baru-baru ini.

Lim juga adalah ketua Biro Petugas Khas MCA. - Bernama

No comments:

Posting Terkini