Pages

Thursday, October 29, 2009

Sekilas - Dunia

PAS tutup pintu perpaduan pada Umno

KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat keputusan untuk menutup pintu perbincangan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengelak pemimpin parti itu terus bertelagah sesama sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memberi alasan bahawa keputusan itu dibuat kerana faktor keadaan yang sudah berubah dan PAS belum mengetahui sikap sebenar pemimpin Umno yang baru. -- BHM.

Ikrar tidak sasar orang awam jika bertempur

MANILA: Pemerintah Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani satu ikrar untuk tidak menyasarkan orang awam dan melindungi sekolah serta hospital, jika pertempuran berlaku di selatan Filipina.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu, berkata langkah selanjutnya kini ialah menyambung semula rundingan damai yang telah gagal tahun lalu. -- AP.

Letupan di pasar ketika Clinton tiba di Pakistan

ISLAMABAD: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, tiba di Pakistan semalam, sedang satu bom kereta meletupkan sebuah pasar di Peshawar, menyebabkan lebih 50 orang mati.

Cik Clinton akur hubungan itu dibelenggu dengan perselisihan faham.

Beliau kini berjanji akan menumpukan perhatian kepada keperluan rakyat Pakistan termasuk memberi bantuan ekonomi dan membangunkan institusi demokratik. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini