Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah membuat laporan polis lewat petang semalam berhubung satu tindakan provokasi para penyokong BN dalam menaikkan pemidang yang memperlekehkan pihak lawan.
Timbalan Ketua AMK Pusat, Faris Musa berkata, jika SPR benar-benar telus bagi memastikan proses pilihan raya diadakan dengan dengan lancar, mereka seharusnya meneliti perkara berkenaan dengan serius.
"Kami gesa SPR supaya meneliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai provokasi yang telah dilakukan oleh penyokong BN," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan provokasi berkenaan di Balai Polis Teluk Kemang di sini semalam.
Menerusi laporan polis berkenaan, beliau mendakwa jentera BN dengan sengajanya memasang poster-poster besar yang tertera perkataan berunsur provokasi dan memperlekehkan imej PAS.
"Kami beri mereka masa 24 jam untuk turunkan poster berkenaan yang kini terdapat di beberapa kawasan di Batu 4 dan di sepanjang jalan dari kawasan pantai Port Dickson hingga ke Bagan Pinang.
"Kalau sehingga pukul 6.30 petang esok (hari ini) mereka masih berdegil, kami dan jentera PAS tidak akan teragak-agak untuk melancarkan operasi kami sendiri.
"Kami akan menurunkan kesemua poster berkenaan jika mereka masih berdiam diri," katanya.
Selain itu dalam laporan polis yang sama, Fariz turut turut menyatakan mengenai tindakan pihak tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggunakan taktik kotor dengan memasang poster-poster bagi memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment