SETELAH kisah percintaannya dengan seorang tokoh perniagaan tersebar agak lama, akhirnya aktres jelita, Umie Aida dan kekasihnya, Datuk Khairuddin yang turut digelar Datuk K itu memilih tarikh 29 September ini untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka.
"Majlis pertunangan kami akan berlangsung pada 29 September ini, pukul 8 malam di I-Zen Mont Kiara 1," kata Umie menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.
Sebelum ini, media asyik berteka-teki tentang tarikh pertunangan pasangan ini. Setiap kali ditanya, Umie hanya menjawab : "Tengah dalam proses persiapan".
Namun, kisah tentang tarikh pertunangan mereka terus diperkatakan dan Umie sendiri ketika itu tidak menolak ramalan ramai kemungkinan akan melangsungkan majlis pertunangannya selepas Hari Raya Aidilfitri.
"Saya benar-benar tidak tahu. Apa yang pasti saya akan memaklumkan kepada media apabila sampai masanya," kata Umie.
Meskipun masih berahsia tentang majlis tersebut ketika itu, Umie bagaimanapun sempat menyuarakan impiannya untuk mengadakan majlis pertunangan dengan lelaki yang mesra dipanggil 'Abang K' olehnya itusecara sederhana.
Saturday, September 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment