Pages

Saturday, September 26, 2009

Sekilas Dunia

Buku jihad: Bekas pekerja Qantas dijel

SYDNEY: Seorang bekas kakitangan syarikat penerbangan Qantas semalam dihukum penjara sembilan tahun atas tuduhan menghasilkan buku panduan untuk berjihad.

Dalam buku panduan itu Belal Khazaal, seorang warga Australia yang ditahan Jun 2004, mengajar cara membuat bom dan bagaimana cara membunuh mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, serta cara menghempaskan pesawat. -- AFP.

Rancangan bina terowong Makkah-Taif

JEDDAH: Rancangan kini giat dijalankan untuk membina terowong terbesar di Arab Saudi yang akan menghubungkan Makkah dengan bandar percutian musim panas, Taif.

Kos pembinaan terowong 11 kilometer itu yang dijangka menelan belanja lebih AS$575 juta ($815 juta), akan siap dalam tempoh tiga tahun.

Jika siap kelak, masa perjalanan antara kedua-dua bandar itu dapat dikurangkan selama 20 minit. -- Agensi.

Mantan PM Israel dihadap ke mahkamah

BAITULMAKDIS: Mantan Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Olmert, semalam dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan rasuah.

Encik Olmert, 64 tahun, sebelum ini tidak mengaku salah.

Beliau telah berundur daripada arena politik apabila Encik Benjamin Netanyahu menjadi Perdana Menteri baru pada Mac lalu. -- AP.

Banduan buat arak dari gel cuci tangan

LONDON: Seorang pegawai penjara Britain berkata, sekumpulan banduan menggunakan gel pencuci tangan untuk membuat arak.

Encik Peter McParlin dari Penjara Verne di Dorset, barat daya England berkata, gel itu diedarkan di kalangan banduan untuk mengekang merebaknya virus Influenza A (H1N1).

Sebaliknya, banduan mengambil kesempatan membuat arak dengan mencampurkannya dengan buah, air dan gula. -- AP.

No comments:

Posting Terkini