Satu jawatankuasa bencana daerah Gombak akan ditubuhkan segera bagi menangani isu tapak pelupusan sampah haram di daerah itu, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.
Katanya, jawatankuasa tersebut diperlukan bagi menyelesaikan masalah teknikal berkaitan tapak haram berkenaan, secepat mungkin.
“Aktifkan jawatankuasa bencana daerah yang akan dipengerusikan pegawai daerah. Dalam jawatankuasa tersebut, semua jabatan termasuk bomba, jabatan alam sekitar, jks, polis dan sebagainya bertindak khas untuk memadam tapak pelupusan tanah haram itu,” katanya.
“Untuk menyelesaikan maslah teknikal, sepertimana dapat sumber air, adakah tapak tersebut selamat atau stabil, semua jabatan dan pakar tersebut akan ambil tindakan,” katanya.
Elizabeth berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak pelupusan sampah haram Sungai Kertas, Gombak hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment