Raja pop Michael selamat disemadikan dalam dalam upacara pengebumiannya yang diadakan di Glendale Forest Lawn Memorial Park, California. foto-AP
GLENDALE, California: Raja Pop Michael Jackson, akhirnya selamat disemadikan di Forest Lawn Glendale, hari ini, selepas lebih dua bulan meninggal dunia.
Upacara pengebumian tertutup yang dihadiri oleh lebih 200 jemputan terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat penyanyi tersohor dunia itu dimulakan beberapa jam lewat kerana menantikan ketibaan keluarga Michael di tanah perkuburan itu.
Pada awalnya, upacara itu dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi (waktu tempatan).
Al Sharpton, salah seorang calon pemilihan presiden parti Demokrat tahun 2004, turut berucap di upacara itu manakala Gladys Knight telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk 'Our Father'.
Kira-kira pukul 12 tengah hari (waktu tempatan), Sharpton menulis di dalam laman web Twitter, "Michael Jackson telah disemadikan."
Ahli keluarga Jackson. Dari kiri: Janet Jackson, Randy Jackson, Jackie Jackson, Tito Jackson, Jermaine Jackson dan Marlon Jackson. foto-AP
No comments:
Post a Comment