Kes saman ke atas Umno dibatal
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membuat keputusan membatalkan kes saman RM218 juta ($88 juta) yang dikemukakan oleh syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisor Sdn Bhd, terhadap Umno.
Hakim Ananthan Kasinater memutuskan demikian dengan kos setelah mendapati tiada kontrak khusus antara kedua-dua pihak. Menurutnya, syarikat terbabit juga tidak boleh bergantung pada Seksyen 71 akta kontrak untuk menuntut keuntungan yang tidak adil. -- Utusan Malaysia.
Minta penjelasan gaji minimum
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia mahu penjelasan daripada Kedutaan Besar Indonesia di sini berhubung keputusannya menetapkan gaji minimum RM600 ($244) sebulan kepada majikan yang ingin memperbaharui pasport pembantu rumah mereka.
Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata jumlah gaji itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana ia bukan seperti dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan. -- BHM.
Pasar raya diarah tutup pada Raya
KOTA BHARU: Semua pasar raya di Negeri Kelantan diarah tutup pada Hari Raya pertama tahun ini.
Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tahun lalu kerajaan negeri membenarkan semua pasar raya dibuka dari tengah hari sehingga tengah malam. Namun, pihaknya menerima pelbagai aduan dan rungutan, termasuk majikan yang enggan membayar gaji lebih dan pekerja Islam yang didenda kerana enggan bekerja pada hari itu, lapor mStar Online.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment