Lima pelajar maut, lebih 30 cedera dek rempuhan
NEW DELHI: Lima pelajar perempuan terkorban dan lebih 30 cedera selepas berlaku satu rempuhan di sebuah sekolah menengah di timur New Delhi, semalam.
Rempuhan berlaku menyusuli khabar angin ada arus elektrik dalam air menyusuli hujan lebat, menurut polis.
Ketua Menteri Delhi, Cik Sheila Dixit, melawat mangsa yang cedera di hospital dan berjanji memberi pampasan AS$2,000 ($2,850) bagi setiap mangsa yang terkorban dan AS$1,000 bagi mangsa yang cedera. -- AP, Reuters.
Beberapa kejadian tembakan di selatan Thai
YALA: Sekumpulan orang bersenjata menembak mati tiga lelaki beragama Buddha dan membakar mayat seorang mangsa di selatan Thailand, menurut polis semalam.
Di Pattani, seorang pengawal keselamatan berusia 42 tahun ditembak sewaktu pergi ke pasar, manakala mayat dan motosikalnya dibakar.
Sementara itu, dua timbalan ketua kampung ditembak mati pada hari yang sama, seorang di Pattani dan seorang lagi di Songkhla. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment