Musa kekal ketua polis
KUALA LUMPUR: Kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara Malaysia dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 September tahun depan.
Ini diumum Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, dalam satu kenyataan semalam. -- Bernama
Dakwa 600 dari BN akan ke PKR
IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini esok.
Bekas ahli parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong, berkata 90 peratus daripada mereka anggota MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP). Baki 10 peratus belum pernah menyertai mana-mana parti. -- Bernama.
Pinda saman terhadap Umno
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur membenarkan permohonan syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd, meminda writ saman RM218 juta ($89 juta) terhadap Umno berhubung kegagalan parti itu menjelaskan kos barangan yang dibekal syarikat itu pada pilihan raya umum 2004.
Writ itu dipinda dengan menggantikan bekas Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zahidi, selaku defendan kepada pegawai awam Umno, Datuk Ishak Abdul Rahman.
Hakim menetapkan 10 September bagi keputusan terhadap permohonan Umno untuk mengetepikan saman itu. -- BHM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment