Ketua menteri korban nahas udara
NEW DELHI: Ketua Menteri wilayah Andhra Pradesh, Encik Y.S.Rajasekhara Reddy, dan empat pegawai kanannya terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas di sebuah kawasan hutan tebal di wilayah itu, semalam. Encik Rajasekhara dan empat pegawai kanannya dilaporkan hilang lebih 24 jam lalu sebelum ditemui mati semalam. -- AFP.
Peguam Suu Kyi fail rayuan
YANGON: Para peguam ketua pembangkang Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, yang kini dalam tahanan, berkata mereka telah memfailkan rayuan terhadap dakwaan jenayah yang menyebabkan beliau dikenakan hukuman tambahan 18 bulan tahanan dalam rumah, semalam. Sebuah mahkamah daerah pada 11 Ogos lalu memutuskan beliau bersalah kerana melanggar syarat-syarat penahanannya selepas seorang warga Amerika Syarikat berenang dan menziarahi beliau di rumahnya. -- AP.
18 mati dalam serangan di Mexico
CIUDAD JUAREZ (Mexico): Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah pusat rawatan dadah di Ciudad Juarez, sebuah bandar sempadan di utara Mexico, semalam, kata para pegawai keselamatan negara itu.
Kumpulan ala komando itu memasuki pusat tersebut dan menyerang 23 orang - 18 orang terbunuh dan lima lagi tercedera, kata satu sumber dalam jabatan keselamatan awam Mexico. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment