Pages

Monday, September 7, 2009

Lakonan Abdul Gani Patail

KUALA LUMPUR 7 Sept. — Penunjuk perasaan dan kalangan mereka yang bercakap sambil memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 28 Ogos lepas akan didakwa.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa penunjuk perasaan terbabit perlu dihadapkan ke mahkamah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung bantahan oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam kepadanya tengah hari ini.

Abdul Gani berkata, mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

Pada 28 Ogos lepas, penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengadakan bantahan berikutan cadangan menempatkan semula sebuah kuil Hindu di kawasan berkenaan. - Bernama

- - Bila rakyat sudah bising baru polis nak siasat dan Gani cakap nak dakwa. Bila terkena pada Pakatan Rakyat, polis main tangkap dan belasah je. Dasar double standard..!!!

No comments:

Posting Terkini