KUALA LUMPUR: Selepas lapan bulan kematian tahanan reman A. Kugan, ibu mendiang N. Indra bersama dua peguamnya hari ini berusaha mendapatkan campurtangan pihak istana dengan menghantar satu memorandum ke Istana Negara.
Indra bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum itu.
Indra, yang berada di hadapan Istana Negara kira-kira pukul 11 pagi bersama kira-kira 20 penyokong, berhimpun kira-kira 30 minit sebelum disuraikan pihak polis.
Ketika ditemui pemberita di sebuah restoran di Brickfields, Indra berkata memorandum itu bertujuan menuntut pembelaan di atas kematian anaknya kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan tentang pembunuhan anaknya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata polis berjaya menyuraikan perhimpunan itu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
"Orang ramai haruslah menghormati kediaman Yang diPertuan Agong dan peraturanperaturan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kugan, 22, yang ditahan berhubung jenayah curi kereta mewah meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada 20 Januari lepas.BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment