LONDON: Doktor di Britain semalam menggesa diharamkan iklan minuman beralkohol, sambil berkata ia perlu bagi mencabar budaya minum minuman keras yang membahayakan di negara itu.
Persatuan Perubatan Britain (BMA) dalam satu laporannya berhujah penggunaan alkohol di kalangan rakyat muda Britain sejak beberapa tahun lalu disebabkan oleh 'iklan alkohol yang bijak' dan pengharaman ke atas publisiti berkaitan alkohol diperlukan bagi membantu mengubah suasana itu.
'Masyarakat kita begitu ditenggelami oleh pesanan dan pemasaran alkohol,' kata ketua sains dan etika persatuan itu, Dr Vivienne Nathanson, dalam satu kenyataan.
'Kita perlu melihat lebih jauh daripada orang muda, dan ke arah masyarakat secara menyeluruh,' ujar beliau.
Persatuan itu, yang mewakili lebih dua pertiga jumlah doktor yang mengamalkan profesion itu di Britain, telah berulang kali memberi amaran tentang bahaya maut akibat tabiat meminum minuman keras, yang semakin meningkat di negara itu.
Dalam satu laporan yang disebar meluas tahun lalu, persatuan itu berkata Britain antara negara Eropah yang mempunyai tabiat meminum minuman keras paling tinggi.
Ia juga menekankan kadar kematian berkaitan alkohol meningkat hampir seganda antara 1991 dengan 2005 - daripada 6.9 kepada 12.9 bagi setiap 100,000 orang.
Industri minuman keras Britian membelanjakan £pounds;800 juta ($1.88 bilion) setiap tahun untuk mempromosikan produknya, kata BMA. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment