Pages

Friday, August 28, 2009

Villa tersingkir dari Liga Europa

LONDON: Aston Villa dinafikan tempat dalam Liga Uefa Europa selepas Rapid Vienna walaupun tewas 2-1 layak menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Ashley Young memperoleh dua penalti pada separuh masa pertama dan walaupun percubaan pertama diselamatkan namun James Milner menyamakan kedudukan agregat dengan yang kedua.

John Carew menambah kelebihan gol Villa pada awal babak kedua tetapi selepas Nikica Jelavic terlepas peluang di depan pintu gol, pemain Croatia itu menemui gawang dari jarak 10 ela.

Villa mempunyai 15 minit untuk mendapatkan satu gol yang akan memberikan agregat 3-2 tetapi pasukan pelawat yang kelihatan akan menambah gol.

Keputusan itu bermakna pasukan Martin O'Neill yang mengalahkan Liverpool di Anfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Isnin lalu terkeluar dari saingan Liga Europa yang julung kali diadakan. - Agensi

No comments:

Posting Terkini