Taufan kian hampiri China, 970,000 penduduk dipindah
HANGZHOU: Sedang Taufan Morakot semakin menghampiri, lebih 970,000 penduduk di kawasan pantai timur China terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat semalam.
Lebih 490,000 penduduk wilayah Zhejiang dan lebih 480,000 penduduk dari wilayah Fujian juga telah dipindahkan.
Di Zhejiang, kira-kira 35,440 kapal telah diarah kembali ke pantai, kata ibu pejabat kawalan banjir wilayah itu semalam. -- Agensi.
Sidang DUN kecoh apabila pembangkang panggil BN 'paria'
ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam kecoh apabila seorang anggota pakatan pembangkang menyamakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kedah sebelum pilihan raya umum tahun lalu sebagai 'paria'.
Keadaan menjadi riuh rendah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Kulim, Encik Lim Soo Nee, menyebut 'kerajaan BN paria semasa berkuasa' ketika membahaskan isu pusat penyembelihan babi sebaik sahaja Adun Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, selesai menjawab soalan tambahan Dr Cheah Soon Hai (BN-Derga) mengenai perkara itu.
Tindakannya mendapat reaksi beberapa Adun lain yang meminta beliau menarik balik perkataan itu, yang disifatkan sebagai kasar. -- Bernama.
$22.7 juta dirompak dari bilik hotel puteri Saudi di Sardinia
ROME: Sekumpulan pencuri melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai 11 juta euro ($22.7 juta) daripada bilik hotel yang didiami seorang puteri Arab Saudi di Sardinia, lapor akhbar-akhbar di Italy semalam.
Kejadian itu mencetuskan tengkarah diplomatik antara dua negara itu.
'Pencuri-pencuri itu menggunakan kunci induk. Dalam masa 10 minit waktu makan malam secara senyap-senyap mereka melarikan peti besi daripada sebuah bilik yang didiami puteri Arab Saudi', menurut satu laporan akhbar harian La Stampa. Nama puteri tersebut tidak didedahkan. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment