Pages

Thursday, August 27, 2009

Sekilas Malaysia

Teoh gaduh sebelum ditemui mati

SHAH ALAM: Pendedahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mendiang Teoh Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Encik Tan Boon Wah, bergaduh telah mengejutkan mereka yang mengikuti prosiding inkues kematian mendiang Teoh di Mahkamah Koroner di sini semalam.

Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, Encik Mohd Anuar Ismail, berkata pergaduhan itu berlaku pada 2 pagi di tandas pejabat SPRM Selangor. Beliau memberikan keterangan tersebut sebagai menjawab pertanyaan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa. -- Bernama.

Sultan setuju lucut jawatan Adun

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, semalam bersetuju melucutkan jawatan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Encik Mohd Radzhi Salleh, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Datuk Azizan berkata Sultan Abdul Halim turut berkenan melantik Adun Kulim, Encik Lim Soo Nee, sebagai pengganti Encik Mohd Radzhi bagi jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia negeri Kedah. -- BHM.

Nafi bercadang tinggalkan Umno

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ajil, Datuk Rosol Wahid, menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi Adun bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata laporan laman berita The Malaysian Insider itu semata-mata bertujuan menjatuhkan imej Umno di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini