Pages

Wednesday, August 26, 2009

Sekilas - Dunia

Dua Korea setuju berbincang

SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju mengadakan perbincangan minggu ini bagi menganjurkan pusingan baru pertemuan semula keluarga yang terpisah lebih 50 tahun lalu akibat pemisahan kedua-dua negara itu.

Agensi berita Yonhap melaporkan Korea Utara menerima cadangan Korea Selatan untuk mengadakan mesyuarat anjuran Palang Merah dari 26 hingga 28 Ogos ini.

Persetujuan itu adalah petanda terbaru pengenduran ketegangan di antara kedua-dua negara itu. -- AP.

Bom di dua bas Iraq bunuh 11

BAGHDAD: Beberapa butir bom yang diletakkan pada dua buah bas mini berdekatan selatan bandar Kut kelmarin mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 12 yang lain.

Iraq menjadi porak-peranda sejak tentera Amerika Syarikat berundur dari pusat bandar itu Jun lalu.

Kedua-dua bas tersebut sedang dalam perjalanan ke Kut, sebuah kawasan Syiah, 150 kilometer ke tenggara Baghdad. -- Reuters.

Bom kereta cederakan 42

NARATHIWAT: Satu bom kereta meletup di luar sebuah restoran yang padat dengan pegawai kerajaan di wilayah selatan Thailand, menyebabkan sekurang-kurangnya 42 orang cedera parah.

Bom seberat 50 kilogram itu disembunyikan oleh anggota kumpulan pemisah di dalam sebuah kereta yang dicuri.

Letupan di wilayah Narathiwat itu merupakan antara serangan paling serius sejak beberapa bulan lalu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini