Pesawat hilang di Indonesia
JAKARTA: Pegawai sebuah syarikat penerbangan berkata sebuah pesawat komersial yang membawa sekurang-kurangnya 16 penumpang dilaporkan hilang di Indonesia.
Pengarah pesawat operasi Merpati Nusantara, Kapten Nikmatullah, berkata pesawat Twin Otter sedang melakukan penerbangan biasa semalam, terputus hubungan dengan pegawainya di pangkalan. -- AP.
Khatami kutuk bicara perusuh
TEHERAN: Bekas presiden Iran dan penyokong utama pergerakan pembangkang negara itu, Encik Mohammad Khatami, hari ini mengutuk perbicaraan kira-kira 100 orang yang dituduh menyebabkan rusuhan selepas kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
Kenyataan itu di keluarkan pejabat Encik Khatami semalam. -- AFP.
Isu Ssangyong belum terhurai
SEOUL: Perbincangan antara firma automotif Ssangyong Motor dengan kesatuan sekerjanya yang diharap dapat menamatkan perbalahan perindustrian yang berpanjangan semalam gagal apabila pihak pengurusan menarik diri daripada meneruskannya.
Pengurus Ssangyong, dalam kenyataannya, berkata perbincangan tiga hari itu gagal apabila kesatuan mengemukakan permintaan yang tidak boleh diterima iaitu dengan tidak membuang pekerja dan tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap tindakan pekerja yang menawan kilang firma itu selama dua bulan.
Ratusan pekerja bersenjatakan paip besi dan bahan kimia cat menawan kilang di Pyeongtaek sejak 21 Mei lalu berikutan pembuangan pekerja syarikat terbabit. -- AFP.
Pemisah Thai tembak lelaki
PATTANI (Thailand): Anggota kumpulan pemisah semalam menembak mati seorang lelaki Buddha di wilayah selatan Thailand semalam.
Pengawal keselamatan itu sedang dalam perjalanan pulang apabila beliau ditembak oleh dua penyerang yang menaiki motosikal. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment