SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock disambung semula 9 pagi tadi dengan saksi pertama memberi keterangan ialah Siti Zabedah Yahya, 41, seorang pengawal keselamatan.
Selepas itu, saksi kedua, Mohd Ridzuan Samsuri, juruteknik Plaza Masalam dipanggil untuk memberikan keterangannya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Idham Abdul Ghani mencadangkan supaya 97 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan dengan 6 saksi awal termasuk 3 ahli kimia dan 3 ahli patalogi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment