Pages

Sunday, August 23, 2009

Ramadan dicemari

NARATHIWAT: Tiga anggota keselamatan sukarela maut selepas sebutir bom meletup di selatan Thailand, manakala tiga orang awam Muslim ditembak mati di kawasan sama pada hari pertama Ramadan, semalam.

"Kumpulan pemisah disyaki meletupkan bom itu ketika sekumpulan pegawai yang dalam perjalanan menyiasat kejadian letupan di Yala, cuba memindahkan pokok tumbang yang menghalang jalan raya," kata polis.

Tiga anggota keselamatan itu terbunuh serta-merta dan empat orang cedera, dua daripada mereka anggota sukarela dan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri. Letupan sebelum itu mencederakan dua anggota tentera.

Kementerian Dalam Negeri Thailand melatih, membiayai dan membekalkan senjata kepada orang awam menyertai pasukan sukarela dalam usaha membendung keganasan di selatan. Dalam kejadian lain, lelaki bersenjata dalam trak menembak seorang pemberi maklumat kerajaan berusia 32 tahun ketika dia dan anggota keluarganya dalam perjalanan dengan motosikal ke ladang getah di wilayah Narathiwat, kata polis.

Seorang lelaki Muslim yang bertindak keluar daripada pergerakan militan ditembak mati dalam satu serbuan berasingan di Narathiwat, malam kelmarin.

Di wilayah Pattani, timbalan ketua kampung, juga Muslim, ditembak mati dalam perjalanan pulang ke rumah dengan motosikal selepas ke pasar malam, kata polis.

Penduduk Muslim di wilayah Narathiwat, Pattani, Yala dan sebahagian daripada Songkhla mula berpuasa semalam. Sehari sebelum Ramadan, dua askar maut dalam letupan bom dan ditembak di Narathiwat.

No comments:

Posting Terkini