Pages

Sunday, August 23, 2009

Murugiah tidak bercadang tubuh parti baru

KUALA LUMPUR: Senator Datuk T Murugiah tidak bercadang menubuhkan parti baru atau membawa penyokongnya menyertai pembangkang walaupun beliau kini tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam Parti Progresif Penduduk (PPP).

Murugiah yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi parti itu, berkata

beliau bersama penyokongnya masih bergerak aktif atas tiket kelab penyokong Barisan Nasional (BN).

"Penyokong-penyokong saya bersetuju untuk terus bersama saya, maka kami tak ada niat untuk menubuhkan parti baru ataupun menyokong pembangkang, kami akan teruskan usaha bersama BN dengan menyatakan sokongan kepada kepimpinan (Perdana

Menteri) Datuk Seri Najib Razak.

"Kami akur dan terima keputusan ROS (Pendaftar Pertubuhan), sekarang ini sementara kami membuat rayuan, saya sudah beri arahan kepada mereka, semua aktiviti akan berjalan atas tiket kelab penyokong BN, di Permatang Pasir pun kami buka bilik gerakan kelab penyokong BN," katanya kepada Bernama

No comments:

Posting Terkini