Pages

Thursday, August 27, 2009

Kennedy dikebumikan di Perkuburan Kebangsaan Arlington

WASHINGTON 27 Ogos – Senator Edward Kennedy akan dikebumikan di tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington, Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan media, Kennedy, 77, yang meninggal lewat kelmarin di Hyannis Port, Massachusetts akan dikebumikan berhampiran dengan kubur abangnya, Presiden John F. Kennedy dan Senator Robert Kennedy.

Tarikh majlis pengkebumian itu bagaimanapun belum lagi diumumkan.

Hanya dua Presiden AS dikebumikan di Perkuburan Kebangsaan Arlington iaitu John F. Kennedy dan William Howard Taft.

Presiden Barack Obama dijangka menghadiri majlis itu nanti. – Reuters

No comments:

Posting Terkini