Pages

Saturday, August 1, 2009

Keikhlasan Tok Guru Nik Aziz

KOTA BAHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjaga perasaan dan sensitif kepada anggota Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Presiden Umno berkata beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Abdul Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Sabtu.

"Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di sini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed serta Timbalan Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Keikhlasan Tok Guru Nik Aziz jelas apabila sunggup menyambut Najib sekali pun Najib dan parti pimpinannya terlalu biadap dan kurang ajar terhadap Tok Guru. Sifat seperti ini memang tiada pada pemimpin dan pencacai umno.

No comments:

Posting Terkini