Pages

Friday, August 14, 2009

DUN Permatang Pasir: BN turunkan Setiausaha Umno Permatang Pauh

SEBERANG PRAI: Barisan Nasional (BN) akan meletakkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Rohaizat, 38, seorang penasihat undang-undang merupakan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Pemilihan beliau sebagai calon diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno berkata, Umno Permatang Pauh tidak mengemukakan sebarang nama, sebaliknya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk memilih calon yang sesuai.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini, kira-kira 10 malam.

Penamaan calon akan berlangsung Isnin ini dan jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 25 Ogos.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang kelapan sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Rohaizat mempunyai seorang isteri dan anak. Isterinya merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

No comments:

Posting Terkini